External image

MEMBACA
MOTIVASI & KAEDAH

Buku yang diterbitkan untuk membantu anda menyelesaikan 1,001 masalah membaca, dan bermatlamat menjadikan anda pembaca lebih cemerlang dan mahir menggunakan pelbagai kaedah pembacaan berbeza.

Sertai Kempen Tajaan Buku untuk membolehkan minimum dua naskhah diedarkan ke 10,000 sekolah seluruh negara.

Kempen Tajaan Buku untuk 10,000 Sekolah

Kempen buku MEMBACA untuk 10,000 buah sekolah

Sertai kempen ini dengan menaja pembelian minimum dua naskhah bagi edaran ke 10,000 sekolah seluruh negara. Mari kita bersama membantu menjadikan generasi masa depan Malaysia sebuah masyarakat MEMBACA!

Sumbangan Tabung Endowmen UTM dan Yayasan Alumni UIAM

Sebahagian perolehan daripada hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Yayasan Alumni Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) bagi membantu menyediakan biasiswa pendidikan dan mengumpul dana untuk mempromosi pendidikan Malaysia ke seluruh dunia.

Kempen DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

Kempen ini adalah sebahagian komitmen menyokong usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjayakan kempen DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN.

Tajaan Minimum Set Dua Naskhah

Kempen ini mensasarkan tajaan minimum dua naskhah buku (RM130 dan pos percuma) untuk setiap 10,000 sekolah seluruh negara. Ini bertujuan membolehkan senaskhah disimpan di perpustakaan dan senaskah lagi dibawa keluar untuj tujuan pinjaman.

Shiftkey image

Preview Buku

Pendahuluan Edisi Ketiga

Biodata Penulis

Sinonim dengan buku dan pelestarian alam sekitar, Zaini Ujang adalah jurutera bertauliah di Malaysia dan United Kingdom yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), manakala Sarjana (Kejuruteraan Alam Sekitar) dan PhD serta DSc (Kehormat) daripada Newcastle University, England. Beliau adalah felo pelbagai pertubuhan profesional antarabangsa, termasuk Chartered Institute of Water and Environmental Management, Institute of Chemical Engineers (Britain), Royal Society of Physiography (Lund, Sweden), dan International Water Association (Netherlands). Beliau juga pada masa sama, adalah profesor pelawat di Imperial College London, Tsukuba, Tokyo dan Kyoto (Jepun), Lund (Sweden) dan Penyelidik bersekutu di MIT (AS).

External image

Dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2019, Zaini juga penerima pertama Anugerah Merdeka (Pencapaian Akademik, 2009). Beliau juga Naib Canselor termuda universiti awam di Malaysia (UTM 2008-2013), selain dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian (2013-2018) mengendalikan bidang pengajian tinggi, tenaga, teknologi hijau dan air.

Zaini telah menulis 38 buku (termasuk dua kumpulan puisi), menghasilkan lebih 300 artikel akademik, anggaran 2,000 artikel media massa, dan lebih 5,000 siaran media sosial. Buku MEMBACA: Kaedah dan Motivasi terbitan 2019 ini adalah terbitan edisi ketiga (edisi pertama 1993) dan cetakan sebelumnya telah terjual melebihi 15,000 naskhah. Edisi terbaharu ini telah ditambah baik berbanding dua edisi sebelumnya, selain dikemas kini dan diberi tambahan bab bagi menjadikan ia terus relevan dalam persekitaran dinamik hari ini.

Menggalakkan Budaya Membaca

External image

Kempen pembelian buku MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH ini bukan sekadar bertujuan berkongsi panduan untuk meningkatkan tahap pembacaan individu, tetapi sebaliknya berobjektif untuk membantu masyarakat Malaysia mengenal pasti dan seterusnya menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan membaca, yang mungkin selama ini menjadi penghalang kepada usaha membudayakan amalan tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Matlamatnya ialah menjadikan generasi masa depan Malaysia sebuah masyarakat membaca, selari sifat bagi sebuah negara maju.

Kempen buku MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH terbahagi kepada dua:

(1) Untuk pembelian individu menerusi online portal https://ZainiUjang.com.

(2) Untuk mengumpul tajaan pembelian minimum dua naskhah bagi edaran ke 10,000 sekolah seluruh negara. Pembelian/tajaan boleh dibuat di menerusi online portal https://ZainiUjang.com atau dengan menghubungi Mohd Khair Ngadiron, telefon (019) 620 1789, atau e-mel mkhairngadiron@yahoo.com.

Sebahagian perolehan hasil jualan akan disumbang kepada:

(1) Tabung Endowmen UTM bagi membantu menyediakan biasiswa pengajian mahasiswa.

(2) Yayasan Alumni UIAM bagi membiayai usaha mempromosi peluang pendidikan Malaysia kepada seluruh dunia.

Soalan-soalan Lazim (FAQ)

Kajian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2014 merekodkan rakyat Malaysia membaca 15 hingga 20 buku setahun. Walaupun angka ini berganda jauh lebih baik dibandingkan hanya satu halaman setahun pada 1980-an, namun kadar membaca negara masih jauh ketinggalan, kerana berbanding 31.7 juta bilangan populasi hari ini, sasaran ideal yang mesti dicapai ialah setiap rakyat Malaysia perlu membaca 30 buku setahun. Justeru, buku ini penting kerana selain membantu anda mengatasi pelbagai masalah berkaitan membaca, penulis juga berazam menjadikan anda pembaca lebih cemerlang, mahir menggunakan pelbagai kaedah pembacaan berbeza, dan akhirnya berkeupayaan membaca lebih 30 buku setahun, selari matlamat digariskan untuk penduduk sebuah negara maju.

Menerusi buku ini, anda akan didedahkan dengan beberapa elemen penting berkaitan proses membaca. Ini antara lain termasuklah memahami fungsi mata dan otak ketika proses membaca, kelemahan yang perlu diatasi, bagaimana menyesuaikan objektif membaca dengan bahan bacaan, tempat dan masa membaca; rintangan yang menghalang tabiat membaca, enam kaedah pembacaan dan teknik membaca pantas (speed reading).

Buku ini akan menunjuk jalan untuk membantu anda menjadi pembaca yang lebih baik, dan pada bab dua, penulis berkongsi bagaimana amalan serta tabiat membaca terbukti dapat mengubah kehidupan seseorang individu menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. Beberapa testimonial tokoh besar dunia dikongsi pada bab ini, dan ia memperlihatkan bagaimana tabiat membaca menjadi antara kunci utama.

Sesungguhnya tiada jalan mudah untuk berjaya. Mengetahui tidak bermakna kita akan terus mahir. Bagaimanapun, buku ini ada menyertakan beberapa latihan untuk anda praktikkan, dan jika dibuat berterusan, tahap kemahiran anda pasti akan meningkat perlahan-lahan, dari semasa ke semasa, bergantung kepada sejauh mana usaha anda.

Pada bab lapan buku ini, penulis ada menyertakan formula khas untuk mengukur tahap kepantasan membaca. Daripada hasil diperolehi, anda boleh melihat pada kategori mana anda berada, sama ada anda pembaca lembab, sederhana, pantas atau terpantas. Berdasarkan keputusan ini, usaha penambahbaikan boleh segera dibuat berdasarkan tahap latihan yang disediakan secara berperingkat, sehingga anda akhirnya mencapai tahap kategori pembaca terpantas.

Bagi pembelian yang dibuat sepanjang tempoh pra jualan, proses penghantaran akan dibuat bermula 1 Oktober 2019, iaitu kumpulan penerima pertama selepas buku siap dicetak.

Sebahagian keuntungan hasil jualan buku ini akan disumbang kepada dua pihak, iaitu Tabung Endowmen UTM dan Yayasan Alumni UIAM. Tabung Endowmen UTM akan menerima RM100,000 bagi membantu pembiayaan pengajian mahasiswa dan projek akademik berkaitan, manakala Yayasan Alumni UIAM akan menerima 10% bagi membangunkan pelbagai usaha mempromosi pendidikan Malaysia ke seluruh dunia.

Kempen ini bertujuan mendapatkan penyumbang yang bermurah hati menaja pembelian minimum dua naskhah buku MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH bagi edaran di semua 10,000 seluruh Malaysia.

Jumlah tajaan minimum dua naskhah untuk setiap sekolah ditetapkan khusus bagi keperluan fungsi perpustakaan. Secara ideal, satu naskhah untuk dibawa keluar bagi tujuan pinjaman, manakala satu lagi naskhah kekal dalam simpanan untuk tujuan rujukan di perpustakaan.

Pembeli sangat dialu-alukan untuk menaja lebih dua naskhah, dan tiada had maksimum ditetapkan.

Boleh. Pembeli boleh mengisi butiran nama sekolah yang menjadi pilihan.

Pembeli tidak semestinya memilih sekolah khusus bagi menerima naskhah tajaannya. Bagi tajaan umum seperti ini, pemilihan akan diselia dan diuruskan pihak ZainiUjang.com

Setiap buku yang dihantar ke sekolah hasil tajaan kempen ini akan ditampal pelekat yang menyatakan maklumat penyumbang (nama atau nama syarikat/organisasi).

Jangan lepaskan peluang miliki buku MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH

Bersama kita membantu menjadikan generasi masa depan Malaysia sebuah masyarakat membaca!

Pertanyaan

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

Buku MEMBACA hasil kerjasama:

X