Kumpulan Puisi Zaini Ujang

KALAU ADA YANG BERTANYA

Buah tangan terbaharu Zaini Ujang, KALAU ADA YANG BERTANYA ini menghimpun 110 puisi nukilannya selepas LESTARI, dan dipecahkan kepada lima tema: Harga dan Citra Diri; Ibadah dan Kehidupan; Keilmuan; Pelestarian; dan Persinggahan.

External image
KUMPULAN PUISI

KALAU ADA YANG BERTANYA

Buku ini menghimpunkan 110 puisi nukilannya selepas LESTARI, dan dipecahkan kepada lima tema: Harga dan Citra Diri; Ibadah dan Kehidupan; Keilmuan; Pelestarian; dan Persinggahan. Walau digarap bersahaja, setiap puisinya sarat makna tersirat, dan ditulis bagi menjawab, memerihal, memberitahu dan menjelaskan 1,001 persoalan yang adakala sukar diperi bait kata pertuturan. Menerusi puisinya, Zaini ibarat beryanyi dalam irama merdu berlagu halus, namun sesekali melontar bunyian nyaring menikam dalam diam. Terpulang bagaimana kita menafsir, namun KALAU ADA YANG BERTANYA, kumpulan puisi ini bakal merungkai jawapan bagi segala persoalan.

Harga: RM55 | Belanja pos: RM8 (Semenanjung Malaysia) | RM10 (Sabah/Sarawak)

PRAJUALAN

PRAJUALAN bermula dari 25 Oktober sehingga 25 November 2019, manakala PENGHANTARAN akan dibuat bermula 30 November 2019.

Tempoh Prajualan
Tempoh Prajualan

Prajualan bermula dari 25 Oktober 2019 sehingga 25 November 2019.

Tandatangan 'emas' Zaini Ujang
Tandatangan 'emas' Zaini Ujang

Pembelian ketika prajualan akan menerima naskhah eksklusif bertanda tangan dakwat ‘emas’ Zaini Ujang.

Penghantaran Seluruh Malaysia
Penghantaran Seluruh Malaysia

Penghantaran untuk tempahan Prajualan akan bermula pada 30 November 2019.

Pembelian Secara Online
Pembelian Secara Online

Pembayaran secara nnline melalui kad kredit / debit, pemindahan bank (FPX) seperti Maybank2U, CIMB Click, Affin Online, RHB dan banyak lagi.

Biodata Penulis

Sinonim dengan buku dan pelestarian alam sekitar, Zaini Ujang adalah jurutera bertauliah di Malaysia dan United Kingdom yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), manakala Sarjana (Kejuruteraan Alam Sekitar) dan PhD serta DSc (Kehormat) daripada Newcastle University, England. Beliau adalah felo pelbagai pertubuhan profesional antarabangsa, termasuk Chartered Institute of Water and Environmental Management, Institute of Chemical Engineers (Britain), Royal Society of Physiography (Lund, Sweden), dan International Water Association (Netherlands). Beliau juga pada masa sama, adalah profesor pelawat di Imperial College London, Tsukuba, Tokyo dan Kyoto (Jepun), Lund (Sweden) dan Penyelidik bersekutu di MIT (AS).

Dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2019, Zaini juga penerima pertama Anugerah Merdeka (Pencapaian Akademik, 2009). Beliau juga Naib Canselor termuda universiti awam di Malaysia (UTM 2008-2013), selain dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian (2013-2018) mengendalikan bidang pengajian tinggi, tenaga, teknologi hijau dan air.

Zaini telah menulis 38 buku, menghasilkan lebih 300 artikel akademik, anggaran 2,000 artikel media massa, dan lebih 5,000 siaran media sosial. Buku kumpulan puisi KALAU ADA YANG BERTANYA ini adalah buku puisi keduanya selepas LESTARI.

Dapatkan Segera

Jangan lepaskan peluang memiliki kumpulan puisi KALAU ADA YANG BERTANYA

Hubungi Kami

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

X